Wednesday, June 20, 2007

BGC: Our Brotherhood Long Term Target


My all fellow members of Brotherhood. Assalamualaikum.

Sepanjang beberapa minggu ni aku berfikir yg betapa kita sebagai orang-orang yg hebat, mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam bidang masing-masing.
Oleh yang demikian, aku berpendapat bahawa kita perlu menggunakan kemahiran yang ada untuk dimanfaatkan, disumbangkan untuk generasi kita umumnya.

Brotherhood adalah sebuah union yang kuat. Kita kenal satu sama lain sebagai orang-orang yang hebat dan berfikiran jauh. Cuba ingat semula..Jeb, Macha, Razi, Affa,Mach,Faiz, Serap, Nizom, Ajai, Syafiq, Iqbal, Haiqal dan yang lain-lainnya.. Semua mempunyai kelebihan yang sangat hebat. Kita membesar bersama-sama dan faham sehingga ke tahap yang kita sendiri susah nak percaya.

Aku tahu kita semua sayangkan Brotherhood. Faiz dengan cara grafiknya yang tersendiri, Mach dengan kenalan-kenalan yang luas, Jeb dengan daya kepimpinannya, Macha dengan pelaksanaan tanpa banyak bicara dan Razi sebagai speaker yang hebat dan aku rasa kita wajib bersatu tenaga dengan visi berfokus masa depan.

Semua ahli Brotherhood mempunya impian untuk memiliki syarikat masing-masing. Oleh yang demikian, korang tubuhkan lah syarikat idaman korang. Bukan semata-mata untuk kepentingan sendiri, tapi sebagai sumbangan kepada generasi dan masyarakat kita jugak.

Dengan adanya syarikat-syarikat yang ada, bukan kita berseorangan, kita jugak bole bersatu. Aku mempunyai Idea-Proposal untuk kita membentuk Brotherhood Group of Companies (BGC) Group ini bukannya terbentuk sekelip mata. Semuanya dengan syarat yang kita semua mesti berjaya. BGC tak semestinya untuk kita, tapi untuk anak-anak kita jugak nanti. Biar kita berjumpa dengan umur 45~50 tahun nanti, kita boleh berbangga dan seterusnya memberi inspirasi kepada generasi kita.

Ini adalah salah satu daripada impian kita, dan aku yakin kita mesti capai demi faedah generasi kita jugak. Logo kat atas tu cuma teaser je. Idea-Proposal. Logo belum finalize lagi. Yang dah finalize logo utk kompeni aku. Aku nak fokus dalam bidang Motivasi-Optimum Performance Technologies. Ni le logo aku. Misi kompeni aku untuk beri sumbangan dalam bentuk motivasi, kem idea, dan mempromosikan Brotherhood jugak.
Kita mesti berjaya bersama-sama. Ini target kita bukan untuk esok, lusa...Tapi untuk jangkamasa panjang. Mungkin lagi 10 tahun baru kita nampak hasilnya. Tapi berbaloi untuk kita fikirkannya sekarang. Semoga kita sentiasa bersatu, kuat dan terus hebat!!

No comments: