Wednesday, April 18, 2007

Terima Kasih Kawan


Kepada Kawan-kawan ;

Yang sudi hadir di majlis perkahwinan aku pada 11 Mac 2007 yang lalu . Aku ingin memanjatkan kesyukuran yang teramat sangat dengan kehadiran korang semua dengan peratusan kedatangan yang penuh . Walaupun agak jauh dan bagi aku mula2nya jangka hanya jeb yang dekat sahaja yang akan datang tapi bila aku lihat semua hadir dengan senyuman manja(senyuman nak angkat aku masuk parit) dimuka korang aku rasa memang best giler.

Dah la aku berpeluh semalam lepas 3 kali akad nikah. Tapi dengan kehadiran korang semua bersama dengan yang tersayang masing2 memberikan gambaran yang sepanjang 3 tahun aku di UM memang aku jumpa kawan2 yang hebat.

Jutaan terima kasih dengan hadiah ,cenderahati , ucapan tahniah , sms pada malam pertama (kaco daun da...) aku tetap rasa masih lagi dipangkuan brotherhood. Perkahwinan memang satu dunia yang baru bagi aku .Tapi dengan Jeb yang telah memberi banyak bimbingan dan tunjuk ajar . Aku yakin akan membawa lebih ramai lagi DNA brotherhood di dunia selepas ini .Kekekekekeek.

Aku benar2 berharap yang perjumpaan ini bukan yang terakhir buat team brotherhood. Si Affa dah ada schedule dia lepas datin dia balik belajar ,SiMacha mungkin lepas kejer nanti nak kawin , Si Mach masih lagi berfikir sama ada nak Kawin dua sekali atau kawin tiga terus , si Serap pun aku rasa dah serasi dengan marka dia, si Faiz yang tiap2 kali aku jumpa mesti ada awek baru , Si Collage couple Haikal yang tengah collect duit je, dan Nizom yang aku tak penah dengar pun pasal awek dia. Harap dengan perjumpaan ini kita dapat lagi bertemu di kenduri yang akan datang.

HIDUP BROTHERHOOD ........................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

Anonymous said...

Haa, tu lah pasal, aku pun x sangka akhirnya aku akan sampai jua ke majlis perkahwinan enche Razi. Rasanya baru semalam aku kenal Razi kat Kafe Kolej 12. Rasanya baru semalam aku nmpak Razi test2 Coat nak pegi dinner. Rasanya baru minggu lepas aku hempok punggung Razi semasa dia bertuala (iaitu sewaktu Razi takkan mampu mengejar aku, heheheh), ataupun aku terjaga waktu pagi sebab Razi ni bangun pukul 4 atau 5 pagi nak menulis Final Thesis dia.Ataupun rasa mcm baru sgt aku kenal Razi dgn seluar jeans baggy, pakai baju kaler kuning, pastu bawak beg sambil berjalan dgn helmetnya. Tu semua semalam. Tapi hari ni, Razi dah bergelar suami. Perghhhh.... I swear world can change just like that. Mcm x percaya kan Mach? Ingat tak dulu kita suka urut2 Razi sampai geli2 tengkuk? Huhuhuhu..... Tahniah bro, tahniah!!