Wednesday, April 18, 2007

Mandi wajib yg betul


Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan
perkataan yang mudah disebut, tetapi
jangan terkejut jika dikatakan banyak
umat
Islam di tanahair kita yang tidak sah
mandi wajibnya kerana tidak
melakukannya
dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang
betul, seseorang itu
tidak boleh melakukannya dengan hanya
mandi secara berdiri atau duduk
mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia
mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan
bagi
membolehkan seseorang itu meratakan
air ke seluruh anggota badannya yang
zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos,
49, menegaskan, bagaimanapun,
berdasarkan
pengalamannya sebagai bekas kadi di
Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan
penceramah, didapati banyak umat Islam
yang tidak mengetahui perkara ini.


"Akibatnya, mandi majibnya menjadi
tidak sah kerana tidak memenuhi salah
satu rukun mandi wajib iaitu meratakan
air keseluruh anggota badan yang
zahir.
Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat
yang dilakukan oleh seseorang itu juga
turut tidak sah. Itulah akibatnya jika
tidak melakukan mandi wajib dengan
betul," tegas beliau ketika ditemui di
rumahnya di

color=#800080>Taman Sri Keramat Kuala
Lumpur.

Mandi wajib yang juga
sebagai mandi junub atau janabah tidak
boleh dipandang ringan oleh umat
islam.
Setiap orang yang mlakukannya mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya.
Jika
tidak mandi wajib seseorang itu tidak
akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3
perkara. Pertama, niat. Kedua,
menghilangkan najis di badan. Ketiga,
meratakan
air keseluruh anggota badan yang
zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku
mengangkat hasar besar kerana Allah
Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib
kerana
Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia
hendaklah disertakan ketika
air sampai ke mana2 bahagian anggota
badan.

Bagi perempuan yang habis
haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja
aku mengangkat hadas haid kerana Allah
Taala."
Manakala bagi perempuan yang habis
nifas, niat mandi wajibnya ialah:
" Sahaja aku mengangkat hadas nifas
kerana Allah Taala".

Niat itu jika
dilambatkan atau ketika seseorang itu
memulakannya selepas dia telah
membasuh
salah 1 anggota badannya akan
menjadikan mandi wajibnya tidak sah.
Oleh itu dia
mestilah memulakan kembali niatnya
ketika dia mula menyampaikan air
keseluruh
anggota badannya. Sekiranya dia
berniat sebelum air sampai ke badan,
niat itu
juga tidak sah. Oleh itu mandi
wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi
wajib yang ke2, iaitu menghilangkan
najis yang ada pada badan, menurut
Ustaz
Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi,
jika kita ada najis di badan, najis
itu
boleh dibasuh serentak dengan mandi
wajib. Ertinya membasuh najis dengan
mandi
itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3,
iaitu
meratakan air ke seluruh anggota badan
yang zahir, meliputi kulit, rambut dan
bulu yang ada di badan, sama ada bulu2
yang jarang atau lebat. Jika rambut
seseorang itu ditocang atau disanggul,
sekiranya tidak sampai air ke
dalamnya,
tocang atau sanggul itu wajiblah
dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung
pula, tidak
wajib dibasuh kerana dianggap batin.
Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam
hidung itu
bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku
ada kotoran yg boleh menghalang sampai
air ke badan khususnya di bahagian
bawah
kuku, kotoran itu wajiblah dibuang.
Membuang kotoran di dalam kuku itu
pula
boleh dilakukan ketika sedang mandi.


color=#ff0000>Tentang rambut yg
diwarnakan pula selain inai, inilah
yang
merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu
diwarnakan dengan
pewarna selain inai, mandi wajib
seseorang itu tidak sah. Oleh itu,
seseorang
yang mewarnakan rambutnya dengan
pewarna selain inai, jika dia hendak
mandi
wajib, dia mestilah membuang pewarna
pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi
untuk membuang pewarna itu pula
bagaimana?..

Inilah yang rumitnya.
Sedangkan pewarna pada rambut itu
sebenarnya tidak boleh dibuang begitu
mudah.


Yang menyebabkan mandi wajib orang
yang menggunakan pewarna pada
rambutnya tidak sah kerana pewarna itu
akan menyalut rambutnya yang
menghalang
air sampai ke rambut. Ini berbeza
dengan inai. Inai sebenarnya akan
meresap ke
rambut, tetapi pewarna pula akan
menyalut rambut menyebabkan air
terhalang ke
rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada
yang salah faham.
Sebenarnya pewarna itu jika
dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan
sekiranya
pewarna itu tidak bernajis, bukanlah
bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal
ini,
sukalah saya menyatakan bahawa
sembahyang dan mandi wajib itu
berbeza. Jadi,
mestilah dipandang dari sudut yg
berbeza.


color=#0000ff>Dalam hal ini juga,
sukalah saya menyatakan, huraian
mengenai
rukun mandi wajib seperti yang telah
saya nyatakan ini adalah merupakan
perbezaan sah atau tidak mandi wajib.
Jadi, ia perlulah diberikan perhatian
yang
lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib
mandi wajib
pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan,
sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3
sebab melibatkan lelaki dan perempuan
iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak
keluar air mani, keluar air mani dan
mati. Manakala 3 sebab lagi hanya
melibatkan kaum perempuan sahaja,
iaitu keluar darah haid, nifas dan
melahirkan
anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2
dengan menggunakan
air mutlak sama ada air telaga, air
paip, sungai laut dan tasik.

Bagi
pasangan suami isteri yang bersetubuh
pula, mereka tidak semestinya mandi
selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan
mandi ketika ingin beribadat. Selepas
bersetubuh pula, jika ia dilakukan
pada waktu malam, jika tidak mahu
mandi
wajib, seelok2nya ambillah wuduk
sebelum tidur itu adalah sunat,
manakala tidak
berwuduk sebelum tidur adalah makruh.



color=#008000>Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-
seri
dan cantik, cucilah minima 5 kali
sehari dengan air wudhu. Jangan
langsung
dikeringkan, biarkan menitis dan
kering sendiri. Lalu ambillah sajadah,
shalat,
berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress,
perbanyaklah
'olahraga'. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat,
kita mengerakkan
seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah
pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.


3. Untuk pelembab, agar awet muda,
gunakanlah senyuman. Tidak hanya di
bibir tapi juga di hati. Jangan lupa
bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma
Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii"
(Ya Allah sebagaimana engkau telah
memperindah kejadianku, maka perindah
pula akhlaqku). (HR Ahmad).-

DOA
TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan
kalimat-kalimat
Allah, tidak berbohong atau menyakiti
hati orang lain, tidak menyombongkan
diri
atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet
yang teratur dengan
berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan
Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi
puasa
Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.
Makanlah makanan halal, perbanyak
sayuran,
buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan
salam
dan sapaan. Dengan demikian kita akan
banyak dikenal dan disayangi.



Rahsia 13


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai
peringatan bagi yang sudah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu......


1. Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita
dari dunia
dan akhirat.

2. Berdiri Betul
Fadilatnya, ketika mati dapat
meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram

Fadilatnya, sebagai pelita yang
menerangi kita di dalam kubur.

4.
Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di
dalam kubur.

5. Ruqu'

Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal
Akan memberi
minuman air dari telaga al-kautsar
ketika di dalam
kubur.

7. Sujud

Memagar kita ketika menyeberangi
titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk
antara 2 Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita di
dalam kubur.

9.
Duduk antara 2 Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di
padang
Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi soalan yang
dikemukakan oleh Munkar & Nankir
di dalam kubur.

11.Selawat Nabi

Sebagai pendinding api neraka di dalam
kubur.

12.Salam

Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib
Akan pertemuan kita
dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
Rasulullah S. A.
W.bersabda : "Senarai di atas adalah
salah satu sebab mengapa orang
Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga
Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa
mereka
mencipta cerita yang begitu seram
sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika
ada di
kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku
biarpun satu ayat..." Sebaik-baik
manusia itu adalah mereka yang memberi
manafa'at kepada manusia lain...

No comments: